Dari kecik sampai la ke besar. i lebih selesa pakai t-shirt dengan jean atau short.
Bini Helmi pernah paksa i pakai dress berbunga-bunga, pernah pakaikan i cekak yang berbunga ala-ala English style. tapi semua tidak meninggalkan kesan di hati.
dulu i fikir i ni lelaki. i rasa main lego atau main gameboy lebih cool daripada main barbie.kadang-kadang kalau ke rumah saudara pun, mereka akan ingat i ni lelaki padahal i ada vagina.ops sorry.melucah pulak.
kalau pergi sekolah pun rasa sangat pelik. apasal kerajaan tidak bagi kebenaran untuk perempuan memakai seluar pendek atau seluar panjang serta kemeja.?kan bagus kalau begitu. kalau terkangkang pun tidaklah merasa malu sebab kalau terkangkang dengan baju kurung boleh nampak spender
*itu kalau pakai spender* atau paling teruk orang akan gelar
' eh, bohsia betul budak tu'.pakai pinafore pun hanya dua kali sahaja sepanjang i ingat. itupun sebab kak ina, orang gaji Bini Helmi terlupa nak gosok baju kurung. menangis-nangis di pagi hari sebab rasa geli pakai baju perempuan.
tapi, itu dulu. sekarang zaman telah berubah.
yelah. semua orang dah ada facebook.
*apa kena mengena*Bini Helmi ada facebook. sumpah sampai sekarang i tak approve lagi request dia.Bini helmi pun macam redha je tunggu.
Baru-baru ini Bini Helmi tengok facebook i melalui facebook cousin i.
Bini Helmi terkejut. Macam kena karan. Ingatkan sebab i pakai sexy ke apa.
Tapi sebab i pakai baju perempuan. sebab i dah pandai pakai make up. i dah pandai mewanita kan diri.eh betul ke tu?
Tapi yang tak boleh blah bila Bini Helmi kata
*cousin i yang citer*.
"anak aku dah jadi perempuan rupanya. bila dia operate transforn jantina?" siap touching-touching. suka agaknya i jadi perempuan. ni belum i masuk dapur belajar memasak.
nie ajaran sesat mana kata i ni lelaki?sesat-sesat.sungguh menyesatkan bini Helmi.